Tuesday 31 July 2012

TERSUNGKUR DI PINTU RAMADHAN

Tau-tau kaki dah langkah masuk zon maghfirah (keampunan), rahmah pun tak tau lagi dapat ka dak, nak harapkan pulak keampunan - logik ka! pikiaq la kalau pak/mak dok maghah kat kita mau ka dia maapkan? kena kasi sejuk hati dia dulu la bro...

Part kasi sejuk hati ni la yang penting - ada kaitan antara rahmah dengan maghfirah, tak dak mananya maghfirah tuhan mai tughun macam bulan jatuh keriba! bila dah ada/ dapat kasih sayang tuhan, tak payah dok kalut la pasai keampunan, proses keampunan tu just tinggai jadi formality ja! senang kata macam ni la: awek kalau dah sayang.. kena pula sayang kat kita lebih dari diri sendiri, hangpa tak payah mintak.. free-free ja dia serah diri - paham!".

Kalau awai-awai (rahmah) dah fail, hangpa ingat boleh dapat ka part zone kedua ni? mimpi la! betoi Tuhan Maha Pengampun.. akai gun la bro! Tu pasai la kena kalu dari awai, pre-ramadhan tu penting. Pada yang paham, sebelum ramadhan mai depa dah buat preparation - 60 hari tu. 20 hari pertama tu memang tak jadi benda la - pembersihan hanya berlaku selepas 20 hari pertama (40 hari).. bila ramadhan mai baru la boleh cerita pasai rahmah and maghfirah.

Pasai pa pentingnya kena dapatkan rahmah dengan maghfirah ni?

Takkan hangpa tak gheti lagi kot! 10 malam terakhir ni ada satu malam yang istimewa! kalau tak buat preparation (bersihkan diri), tak dak pula rahmah and maghfirah jangan mimpi la malam istimewa tu dapat kat hangpa - sama ja la macam puak yang pi skodeng anak bulan tu - buat syarat ja!

Hangpa pun tau dah kan, hanya yang terpilih ja yang akan dapat bertemu dengan Lailatul-Qadr! hangpa ingat yang terpilih tu macam pakai cabut undi ka? - jangan harap la.. yang terpilih tu hanya yang dapat kasih sayang Allah (rahmah)! so sama jugak la macam yang pi tengok anak bulan - hanya yang terpilih (yang dapat rahmah Allah) ja yang dapat bertembung dengan anak bulan!

Tu pasai la aku cakap pasai preparation! kalau nak ngadap ramadhan, rejab ngan sya'ban kena power beb! bila dan power preparation baru la berpeluang masuk zon first ramadhan (rahmah). Bila dah dapat kasih sayang Allah baru la dapat pengampunan Allah - logic la kan Allah ampunkan (utamakan pulak tu) orang (hamba) yang Dia sayang! Bila dah Allah sayang, dapat pulak pengampunan, part zon ketiga ramadhan tu tak la jadi masalah. Baru la boleh cerita pasai Lailatul-Qadr ka, hapa ka...

La pikiaq balik... preparation (rejab/ sya'ban) lagu mana?.. kalau part ni dah kantoi tak payah la cerita pasai ramadhan lebih-lebih sangat... 

No comments:

Post a Comment