Sapa tak kenai Mak Cik Maimun? kalau ada yang tak kenai sure la orang tu jenih lack of information! cuma aku tak pasti dia ada lagi ka dak! ikut katanya dulu selagi dia terdaya dia akan terus bertanding untuk membuat perubahan kepada negara!
Ada yang berkata penyertaan Mak Cik Maimun dalam PRU adalah bukti kepada suburnya demokrasi di Malaysia! - seriously pada aku itulah statement paling bodoh aku dengar dari mulut pencinta demokrasi.
Sama ada tiada siapa yang sedar atau tidak mahu ambil peduli. Mak Cik Maimun pada aku dah bagi isyarat betapa bodohnya sistem demokrasi di Malaysia! aku cukup malu ketika itu bila SPR terima pencalonan Mak Cik Maimun untuk bertanding! Pada aku ini bukan pasal hak sebagai rakyat semata - tetapi maruah yang perlu dijaga! bayangkan andainya Mak Cik Maimun menang PRU masa tu!
Dari satu segi mungkin Mak Cik Maiumun lebih baik daripada beberapa calon yang telah menang dan menduduki kerusi Parlimen. Tetapi tiada siapa pun peduli dengan jenis calon yang dipertandingkan. Seolah bagaikan telah diterima calon yang bersalut dengan skandal seks, rasuah, salah guna kuasa, seks luar tabii dan macam-macam lagi.



Kita bukannya lagi berada dizaman feudal untuk taat dan menerima membabi buta segala apa yang dilakukan oleh sang penguasa. Kiranya kita berjaya memecahkan dan membahagikan kuasa dari satu institusi (DiRaja) kepada tiga yang lainnya (kehakiman, perundangan, eksekutif) apakah sukar untuk dibuat pembaharuan memperbaiki lagi nilai institusi tersebut?
No comments:
Post a Comment