Sunday 15 July 2012

PERUBAHAN 4

Dari mana hendak dimulakan? Parlimen? Majlis Raja-raja? Kehakiman? Perundangan?... ATAU
'lancarkan satu revolusi'?  "Kamu lebih tahu dunia kamu" - tak payah sebut petikan tu dari mana, patutnya semua orang dah tahu! maknanya pilihan ditangan kita.

Barangkali ada baiknya kita mulakan dengan Majlis Raja-raja yang dinobatkan sebagai Ketua Istiadat Melayu (Bani Jawi?) dan Agama Islam!

Setakat mana perlunya Bani Jawi terhadap 'Raja' satu persoalan menarik untuk dikupas, atau barangkali individu yang menduduki 'takhta' yang menjadi persoalannya.

Penerimaan pastinya berbeza andainya perwatakan sang raja seiring dengan peranan yang dipertanggungjawabkan. Pewarisan takhta bukanlah menjadi persoalannya, tetapi syarat dan kelayakan sang pewaris perlu diberi penelitian. Pewaris yang rosak (aqal dan akhlaq) sewajarnya disingkirkan. Pemantau berkesan bagi pewaris dan pemegang takhta adalah rakyat sendiri.

Perlembagaan telah memberikan ruang dan jaminan kepada hak kita sebagai rakyat. Terpulang kepada kita untuk kekal mengikat akal budi dengan istilah "bayangan tuhan di muka bumi". Benar Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun saling melaknati (sumpah), namun wujud kelonggaran antaranya seperti mana persetujuan mereka berdua Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.” Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”

Sumpah Setia Melayu (Bani Jawi) adalah jaminan check and balance antara pemerintah (raja) dengan yang diperintah (rakyat). Sumpah Setia ini dilengkap dan diterangkan lagi dengan ungkapan “Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.” Tiada masalah jika Bani Jawi tidak mahu menderhaka tetapi bukanlah bermakna Bani Jawi tiada hak untuk menyingkir pegganti raja seperti mana dilakukan oleh Bendahara Tun Perak kepada Raja Muhammad!

Andainya selama ini Bani Jawi dan rajanya diikat dengan sumpah laknat secara verbal, telah sampai masanya perjanjian itu diaktakan bagi mengawal perlakuan keduanya.

No comments:

Post a Comment