Sunday 5 August 2012

SUKA BENDA BARU!!



PETALING JAYA: Pelakon Kavita Sidhu berasa pelik apabila kerana tidak pernah menerima tawaran berlakon daripada syarikat produksi lain melainkan bersama Pesona Pictures miliki Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Kavita, 41, berkata, dia bukanlah seorang pelakon yang terlalu eksklusif sehingga menetapkan bayaran yang tinggi bagi setiap tawaran yang diberikan. "Saya seorang yang begitu fleksibel apabila berbicara mengenai jumlah bayaran yang diberi, asalkan watak dan skrip bagus, saya terima.

"Lagipun harga saya tak mahal pun, tetapi entah kenapa belum ada penerbit lain yang mahu menawarkan saya berlakon selain Shumi (Shuhaimi)," katanya. Tambah Kavita, sudah lama dia mahu berlakon di bawah pengarah lain kerana berhasrat untuk merasai suasana dan pengalaman baru.

"Saya seorang wanita yang sukakan benda-benda baru. Begitu juga dengan lakonan, saya mahu berlakon dengan pengkarya baru pula.

p/s: hehehe.... kesian... menduda lagi ler nampaknyer


Wednesday 1 August 2012

KAT PINTU SYAWAL PUN TERSUNGKUR! (1)

Aku dah cerita lagu mana kita tersungkoq kat pintu ramadhan! mana yang dapat cover tempoh 20 hari Alhamdulillah!; la ni mai kita cerita part yang seterusnya - syawal. Diperkatakan bahawa bulan syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya. Tang ni yang aku nak cuitkan. Apa menatang fitrah tu? Ada yang kata sifat semula jadi, ada yang kata asal kejadian, ada yang kata neutral... tak kisah la apa pun. Pada aku keduanya dapat aku terima.

Bila sebut pasai fitrah manusia kita ada dua pilihan, satu rujuk kepada ayat 'tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk berikbadah kapadaKu' atau sifat dan perangai manusia sebelum ramadhan. Tak payah gebang la, for sure punya refer kepada sifat dan perangai manusia sebelum ramadhan. Tak der mananyer selama ni beribadah kepada Allah - kalau ada pun ciput ja, 10% tu kira dah besaq sangat la figure tu.

Kalau Nabi tang 10 malam terakhir sibuk cari Lailatul-Qadr, kita sibuk shopping nak ghaya. Daripada tersungkur dipintu ramadhan, kita pakat pisambung tersungkur dipintu syawal. Bulan kemenangan la katakan! tak confuse ka dengan cagha sambutan tu, kita sambut apa sebenarnya? lupa ka bila syawal maknanya tamatnya ramadhan. Kalau sepanjang ramadhan siksa kubur diangkat, setan dibelenggu, bila msuk syawal pulak?

Ghamai la yang lupa dan buat-buat lupa bila isytihar raya ja (selalu lepas maghrib la) kita berpeluang bertakbir dan bertahmid tak beghenti sampai tiga hari. Lepas dari time tu kalau buat jugak tu bodoh namanya. Paling best takbir dan tahmid tu seghentak seluruh dunia. Tapi kita cuma takbir dan tahmid takat Isya' ja kalau kat surau/ masjid - nak up sikit pun ada la kat rumah-rumah tu pun takat yang pi berjamaah malam tu ja.

Pasai pa tak sambut peluang takbir dan tahmid tak beghenti tu?

Tuesday 31 July 2012

TERSUNGKUR DI PINTU RAMADHAN

Tau-tau kaki dah langkah masuk zon maghfirah (keampunan), rahmah pun tak tau lagi dapat ka dak, nak harapkan pulak keampunan - logik ka! pikiaq la kalau pak/mak dok maghah kat kita mau ka dia maapkan? kena kasi sejuk hati dia dulu la bro...

Part kasi sejuk hati ni la yang penting - ada kaitan antara rahmah dengan maghfirah, tak dak mananya maghfirah tuhan mai tughun macam bulan jatuh keriba! bila dah ada/ dapat kasih sayang tuhan, tak payah dok kalut la pasai keampunan, proses keampunan tu just tinggai jadi formality ja! senang kata macam ni la: awek kalau dah sayang.. kena pula sayang kat kita lebih dari diri sendiri, hangpa tak payah mintak.. free-free ja dia serah diri - paham!".

Kalau awai-awai (rahmah) dah fail, hangpa ingat boleh dapat ka part zone kedua ni? mimpi la! betoi Tuhan Maha Pengampun.. akai gun la bro! Tu pasai la kena kalu dari awai, pre-ramadhan tu penting. Pada yang paham, sebelum ramadhan mai depa dah buat preparation - 60 hari tu. 20 hari pertama tu memang tak jadi benda la - pembersihan hanya berlaku selepas 20 hari pertama (40 hari).. bila ramadhan mai baru la boleh cerita pasai rahmah and maghfirah.

Pasai pa pentingnya kena dapatkan rahmah dengan maghfirah ni?

Takkan hangpa tak gheti lagi kot! 10 malam terakhir ni ada satu malam yang istimewa! kalau tak buat preparation (bersihkan diri), tak dak pula rahmah and maghfirah jangan mimpi la malam istimewa tu dapat kat hangpa - sama ja la macam puak yang pi skodeng anak bulan tu - buat syarat ja!

Hangpa pun tau dah kan, hanya yang terpilih ja yang akan dapat bertemu dengan Lailatul-Qadr! hangpa ingat yang terpilih tu macam pakai cabut undi ka? - jangan harap la.. yang terpilih tu hanya yang dapat kasih sayang Allah (rahmah)! so sama jugak la macam yang pi tengok anak bulan - hanya yang terpilih (yang dapat rahmah Allah) ja yang dapat bertembung dengan anak bulan!

Tu pasai la aku cakap pasai preparation! kalau nak ngadap ramadhan, rejab ngan sya'ban kena power beb! bila dan power preparation baru la berpeluang masuk zon first ramadhan (rahmah). Bila dah dapat kasih sayang Allah baru la dapat pengampunan Allah - logic la kan Allah ampunkan (utamakan pulak tu) orang (hamba) yang Dia sayang! Bila dah Allah sayang, dapat pulak pengampunan, part zon ketiga ramadhan tu tak la jadi masalah. Baru la boleh cerita pasai Lailatul-Qadr ka, hapa ka...

La pikiaq balik... preparation (rejab/ sya'ban) lagu mana?.. kalau part ni dah kantoi tak payah la cerita pasai ramadhan lebih-lebih sangat... 

Thursday 26 July 2012

RAHMAH: KENAPA TAK TERASA

Tiap kali dengaq tazkirah ramadhan for ustat penceramah bebas dok sebut pasai rahmah, maghfirah & itqum minannar. Kalau aku tanya macam mana ghupa rahmah tu gerenti aku kena tala punya. Kalau pi tanya bebudak yang ada ni pun for sure ghamai yang tak gheti nak ceghita lagu mana lagu mana ghupa rahmah tu. Pasai pa jadi lagu tu?

Lagu mana ghupa kita kalau tak dak rahmah @ kasih sayang Allah kat kita? senang kata, lagu mana ghupa kita kalau Allah tak suka/ benci kat kita? payah sangat nak habaqkan.. apa ghasa kalau tidak lagi disayangi oleh ibu/bapa atau keluarga - agak-agak mana ghupa hidup tu. Hidup kalau dah tak ada kasih sayang tak tau la nak habaq lagu mana dah!

Gambaq sebelah mungkin takdak apa-apa makna kat kita pasai kita hidup mewah, petik jaghi ja dapat apa yang kita nak! Tapi kalau peghati elok-elok kasih sayang tak dapat dinilai dengan harta benda, tiada pertukaran dapat dilakukan. Kasih sayang antara anugerah Allah yang paling bernilai dan istimewa. Hanya mereka yang istimewa dan terpilih sahaja yang ada sifat ini.

Tu pasai la ramadhan ni kita kena puasa supaya kita tau nilai kasih sayang. Kalau aku sughuh hangpa buat cerita berdasarkan gambaq for sure hangpa dapat bagi gambaran mana ghupa sikecil yang dikendong kalau tiada kasih sayang dari yang mendukungnya! Tak payah la nak sombong kata hangpa tak perlukan kasih sayang daripada orang lain!

So pikiaq sendiri la nak disayangi ka tak nak! kalau nak kena buat cagha nak - soalnya macam mana? jawabnya kena la buat benda yang disuka/ disuruh. Buat dengan rela hati bukan pasai ghasa terpaksa atau dipaksa. Kalau dalam konteks ibadah nawaitunya (niat) 'hanyalah kerana Allah'. Ianya bukan sekadar ungkapan dibibir tetapi merupakan satu 'akujanji' yang lahir hati lubuk hati yang suci bahawa apa sahaja yang dilakukan hanyalah semata-mata kerana Allah.

SAMBUNG LAK LA - PI SOLAT JUMAAT LA!

Friday 20 July 2012

ANAK BULAN

Ghasa aku la - kalau aku tanya mana ghupa anak bulan confirm tak dak sapa yang dapat tunjukkan gambar ghupa anak bulan tu. Kalau nak ada pun gambaran secara verbal - tu pun macam-macam versi - tu pun kalau tanya kat depa yang dipertanggung jawabkan tengok anak bulan.

So aku pun ghanjau la kat dalam google, alih-alih aku dapat gambaq macam kat ataih nu - nakai sungguh la depa ni! Tak terpiaq la pu lak aku pasai benda-benda macam ni. Hmmm!... takat ni aku tak nampak macam mana ghupa anak bulan! - nampak gaya next session rujuk kalender kuda jer la!

Takat time ni ja dah berduyun aku terima artikel pasai posa. Alhamdulillah dan terima kasih pasai ingatkan aku! Kalau ada rezeki malam ni start la bertarawih! Aku takla nak syarah pasal fadhilat ramadhan ni - biaq la ustat yang cerita.

Serious - aku teringin nak tengok anak bulan, dapat gambaq anak bulan pun kira dah ok dah.

MENTRADISIKAN IBADAH (TENGOK ANAK BULAN)

Tak tau la pasai pa, tetiba aku diusik kerinduan pula pada wajah redup dan lembut ini - selembut perwatakan dan tutur katanya! Semoga Allah terus memberikan taufik dan hidayahnya!

Ramadhan menjelma lagi! tak tau la aku sempat ka dak kali ni. Takat masa aku nulis ni aku idup la lagi, sat gi tak tau la! Ghasa-ghasa sepanjang menjelmanya ramadhan tak pernah la aku muhasabah diri. Saban tahun aku aktiviti ramadhan aku tetap sama - tahun ni pun ghasa-ghasanya seghupa.

Satu ketika, suspend sungguh bila orang pi tengok anak wayang pasai posibility nampak dengan dak 50/50. Kemunculan Penyimpan Mohor pulak memang ditunggu-tunggu, hatta kalau ada ghaa nak beghak masa tu sanggup tahan.

Tapi la ghasa kosong, ghasa suspend dah tak melintas langsung. Paling kesian tak sapa peduli pun kat yang terlibat pi tengok anak bulan nu. Orang dah tak rujuk kepada pak mufti ka hapa ka. La ni orang rujuk kalendar kuda ja! tengok anak bulan ni just tinggai jadi tradisi ja.

Paling kesian kat atuk gambaq sebelah ni la, start dari dia kerja sampai pencen, tak peghenahnya dia dapat peluang sebut "anak bulan telah kelihatan". Pasai pa tak dak yang ambik iktibar pasai kenampakkan anak bulan ni? Macam-macam la alasan depa kasi - pada hal arwah tu dulu pi kat tempat yang sama gak, Baitul Hilal (Port Dickson)!

PASAI PA TAK NAMPAK?

Dari aku kecik sampai besaq, tu la soklan yang dok meghawang dalam kepala hotak aku ni! cukup tak pueh hati betul aku. Ada kat patut, dizaman serba canggih ni boleh tak nampak jugak. Takkan nak kata mereka yang dilantik pi tengok anak bulan ni tak gheti! - ini dah masuk kes salah lantik pulak nanti, kalau dapat kat rafizi sure mati!

Agak-agak bila la kita dapat dengaq kata "anak bulan telah kelihatan"?
SELAMAT BERPUASA

Tuesday 17 July 2012

BELANJA

Pening kepala aku bila Najib request rakyat bagi input (libatkan diri) untuk bajet 2013 ni. One-side pasai pa nak mintak input dari rakyat, awat selama hi hangpa tak dak or tak tau ka kehendak rakyat? Apa kejadah kitorang dok pi ngundi pilih sampai 222 orang wakil kat dalam Dewan Rakyat tu?

Kalau dah sampai tahap ni punya mintak nampak sangat la 222 wakil tu jenis lembu pawah! woi aku tak pedulik la korang dari team mana, yang aku tau hangpa tu wakil yang telah dipilih. Patutnya kehendak dan keperluan rakyat hangpa dah ada senarai. Jangan dok cakap la hangpa 'fahami kehendak rakyat' - ayat tu subjektif jer, kena ada checklist!

Pusing pi pusing mai masalah utama aku as rakyat adalah kos sara hidup! part ni paling pening. Kalau tukaq gomen pun confirm takkan berubah punya. Pasai pa aku confident tak berubah?

  1. Selagi mana yang dipilih sebagai wakil tu berasaskan logo dan lambang sampai mampoih la calon yang ada tu jenih bodoh nak mampoih!
  2. Pusing pi pusing mai majoriti muka-muka yang ada tu dah cemuih aku tengok! kena limit sket la muka yang duduk kat dalam nu (parlimen) takat dua kali ja seumur hidup.
  3. PALING UTAMA - selagi dok terzahir aktiviti riba, zina, dusta, tipu sukatan/ timbangan confirm jer (wajib bagi Allah S.W.T) bagi bala KOS SARA HIDUP YANG TINGGI (mahal harga barang), hasil pertanian tak berkat, mudah dikalahkan musuh, and IBADAT TAK DITERIMA!
Selagi mana aktiviti riba, zina, dusta, tipu sukatan/ timbangan meriah dikalangan rakyat dan pemimpin jangan dok harapla bala kos rasa hidup selesai! Toksah dok cakap pasai hudud  la dalam hal ni. Bukan aku tolak or tak percaya, soalnya hudud tu confirm jer tak lepaih punya kalau dibentang kat dalam dewan nanti (kan wakil tu kita yang lantik).


ok lah.. next artikel aku cerita macam mana nak belanjakan duit yang & belanja bila tak dak duit!