
PETALING JAYA: Pelakon Kavita Sidhu berasa pelik apabila kerana tidak
pernah menerima tawaran berlakon daripada syarikat produksi lain melainkan
bersama Pesona Pictures miliki Datin Paduka Shuhaimi Baba.
Kavita, 41, berkata, dia bukanlah seorang pelakon yang terlalu eksklusif
sehingga menetapkan bayaran yang tinggi bagi setiap tawaran yang diberikan. "Saya seorang yang begitu fleksibel apabila berbicara mengenai jumlah bayaran
yang diberi, asalkan watak dan skrip bagus, saya terima.
"Lagipun harga saya tak mahal pun, tetapi entah kenapa belum ada penerbit
lain yang mahu menawarkan saya berlakon selain Shumi (Shuhaimi)," katanya. Tambah Kavita, sudah lama dia mahu berlakon di bawah pengarah lain kerana
berhasrat untuk merasai suasana dan pengalaman baru.
"Saya seorang wanita yang sukakan benda-benda baru. Begitu juga dengan
lakonan, saya mahu berlakon dengan pengkarya baru pula.
p/s: hehehe.... kesian... menduda lagi ler nampaknyer
No comments:
Post a Comment