Wednesday 1 August 2012

KAT PINTU SYAWAL PUN TERSUNGKUR! (1)

Aku dah cerita lagu mana kita tersungkoq kat pintu ramadhan! mana yang dapat cover tempoh 20 hari Alhamdulillah!; la ni mai kita cerita part yang seterusnya - syawal. Diperkatakan bahawa bulan syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya. Tang ni yang aku nak cuitkan. Apa menatang fitrah tu? Ada yang kata sifat semula jadi, ada yang kata asal kejadian, ada yang kata neutral... tak kisah la apa pun. Pada aku keduanya dapat aku terima.

Bila sebut pasai fitrah manusia kita ada dua pilihan, satu rujuk kepada ayat 'tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk berikbadah kapadaKu' atau sifat dan perangai manusia sebelum ramadhan. Tak payah gebang la, for sure punya refer kepada sifat dan perangai manusia sebelum ramadhan. Tak der mananyer selama ni beribadah kepada Allah - kalau ada pun ciput ja, 10% tu kira dah besaq sangat la figure tu.

Kalau Nabi tang 10 malam terakhir sibuk cari Lailatul-Qadr, kita sibuk shopping nak ghaya. Daripada tersungkur dipintu ramadhan, kita pakat pisambung tersungkur dipintu syawal. Bulan kemenangan la katakan! tak confuse ka dengan cagha sambutan tu, kita sambut apa sebenarnya? lupa ka bila syawal maknanya tamatnya ramadhan. Kalau sepanjang ramadhan siksa kubur diangkat, setan dibelenggu, bila msuk syawal pulak?

Ghamai la yang lupa dan buat-buat lupa bila isytihar raya ja (selalu lepas maghrib la) kita berpeluang bertakbir dan bertahmid tak beghenti sampai tiga hari. Lepas dari time tu kalau buat jugak tu bodoh namanya. Paling best takbir dan tahmid tu seghentak seluruh dunia. Tapi kita cuma takbir dan tahmid takat Isya' ja kalau kat surau/ masjid - nak up sikit pun ada la kat rumah-rumah tu pun takat yang pi berjamaah malam tu ja.

Pasai pa tak sambut peluang takbir dan tahmid tak beghenti tu?

No comments:

Post a Comment