Wednesday 27 June 2012

USTAZ LA NI II

Apa tujuan pendapat segelintir penceramah bebas 'berijtihad' (andainya boleh dianggap ijtihad). Apakah ada ummat yang keliru atau teramat memerlukan ijtihad. Pada aku ada persoalan utama perlu dijawab ialah "Adakah proses pilihanraya/ pemilihan pemimpin tergendala atau terbatal sekiranya dibuat dimusim haji?"

Pada aku PRU hanya salah satu daripada cara untuk memilih pemimpin, tiada satu nas pun yang mengatakan pemilihan hanya boleh dibuat melalui PRU. Rujuk balik sejarah (persepsi) Salahuddin Al-Ayubi diterima kepimpinannya tanpa melalui PRU!

Bukankah tujuan kita dicipta untuk beribadah? Haji merupakan ibadah yang khusus (diwarta sebagai rukun) manakala PRU ibadah yang terlalu umum (mungkin sesuai aku kata buat tak pa tak buat pun takpa). Persoalannya siapa yang berkehendakkan sangat panduan membuat pilihan (hukum), bakal jemaah haji atau perebut kuasa?

Tidak wajar aku kata tindakan penceramah bebas tersebut sekadar untuk melebelkan Institusi Mufti (secara umumnya terdiri dari Kaum Tua) sebagai lembab dan tidak peka kepada persekitaran. Harapan aku bukan begitu niat mereka.

Keghairahan adakalanya membawa kecelaruan, sebelum mereka telah ada seruan kepada kelompok tertentuk untuk menunda pemergian mereka ke Tanah Suci dengan alasan Rasulallah juga pernah melakukan perkara yang sama. Kini diasak pula dengan 'ijtihad' dari mereka yang sekadar berpangkalkan Dr dan Ustaz dipangkal nama.

CERITA USTAZ LA NI

Aku tak pasti pasai kesahihan gambar ni dan kaitan dengan keputusan yang dibuat. Cuma gambar dan artikel ni aku ambik dari Facebook yang menggelar dirinya Ustaz Zamri.

Aku tak pasti apa persepsi dan penerimaan orang lain, pada aku itu tak penting, dan aku pun tak minat nak kongsi penerimaan aku terhadap tindakan depa. Tidak juga aku nak memperkecilkan mereka.

Ntah kenapa, sejak perlantikan Mohamed Morsi aku kerap mengaitkan sesuatu yang berlaku dengan Gerakan Islah @ Pembaharuan. Suatu aktiviti yang berterusan pasti akan berlaku selagi manusia wujud dimuka bumi. Cuma pada aku, penggunaan perkataan Arab pada kumpulan yang melabelkan diri mereka Islamis hanyalah untuk membina persepsi khalayak agar diterima secara positif.

Berpendapat (mengeluarkan pendapat) atau berkongsi pendapat pada aku bukanlah kesalahan pun, itu hak masing-masing, yang penting desakan dan paksaan agar pihak lain untuk patuh dan ikut pendapat mereka aku tak berkenan. Samalah dengan kumpulan anak muda (Kaum Muda??) yang menggelarkan diri mereka MURSHID ini. Selagi korang tak paksa orang lain ikut pendapat korang no hal bro..

Cuma nasihat aku korang kena la berhati terbuka kalau pendapat korang disanggah oleh individu atau kumpulan lain. Maklum la, kalau ikut cara Khalafi korang bukannya setaraf dengan As-Syafie ka, Ibnu Hajar atau Syeikh Ramli ka. Pusing-pusing paling kelas pun pada puak Khalafi as pendapat sebahagian kecil ulama' (kalau hangpa masuk kategori ulama' dimata Khalafi la).

Pada aku punya personal pendapat la, since kita ni dicipta untuk beribadah, so lokasi ibadah tu tak la penting sangat, kalau aku ni warga Amerika atau Mesir atau palestin pendapat hangpa aku confirm tak pakai. Next session aku cerita pasai pa... hahaha!

Tuesday 26 June 2012

KAUM MUADA??


Siapa depa ni?
Persoalan tu tak penting sangat sebenaqnya, tapi yang penting pemikiran dan persepsi depa. Depa ni pada aku jadi terkenal pasai depa ni antara yang berlawan dengan arus. Depa punya pemahaman dan persepsi yang tersendiri terhadap Islam. Soal pertikaian antara para intelektual (ulama'?) bukanlah perkara baru, tu pasai la pernah ada satu ketika dulu pembahagian antara kumpulan Kaum Tua dengan Kaum Muda. Masing-masing mengaku terror!

Kaum Tua (Khalafi) dikatakan sebagai golongan yang membuta tuli/ taklid buta dengan apa yang telah diputuskan oleh ulama' (intelektual?) terdahulu. Berbeza dengan Kaum Muda yang lebih terbuka (liberal?). Kita biarkan dulu cerita pasai depa ni, for sure ramai yang lebih memahami, pasai aku bukan nak cerita pasai pertikaian depa ni.

Pada aku la, depa ni ada kaitan dengan hasil perjuangan Kaum Muda yang menolak cara taklid buta Kaum Tua. Lantaran taksub sangat nak gunakan akai dan peghasan diri tu memahami tentang Al-Qur'an dan Hadis (kononnya depa ni mengkaji). La ni baghu aku paham kenapa Khalafi bagi tak berkenan dengan cara Salafi.

La ni lagu mana? kalau ikut paham aku la dengan cara Salafi, karya dan fahaman Kassim Ahmad dengan Irshad Manji kena dibenarkan pasai karya (pahaman dan persepsi) depa ikut cagha Kaum Muda! Persoalannya sekarang, siapa yang berani declare diri depa ni Kaum Muda?

Monday 25 June 2012

MORSI OH MORSI

Salam dan tahniah kepada Morsi...

Dataran Tahrir kini menjadi inspirasi kepada penduduk dunia yang mahukan perubahan kepimpinan, terutama kepada mereka yang sering tewas kepada suara demokrasi. Lantas mereka mengharapkan kejadian yang sama berlaku ditempat lain. Malah ada yang tanpa rasa silu mengaitkan diri atau organisasi mereka dengan Ikhwan Muslimun.

Morshee, yang mempunyai 51.7% kuasa di Mesir (bak kata Mahathir, akan tetap sebagai pemenang walau pun sekadar satu undi) kini bertakhta di Mesir. Setakat mana beliau mampu bertahan? Semuga beliau dalam pemeliharaan Allah SWT.  

Kemunculan penakal membandingkan antara pasangan Pertama Mesir ini dengan pasangan Pertama Malaysia telah diduga dari awal. pastinya Jauh panggang dari api.

Perbandingan pastinya memberi persepsi kepada penerima sama ada positif atau negatif, bergantung kepada persepsi penerima. Tujuan perbandingan pastinya berpelbagaian, mungkin harapan, mungkin juga sindiran.

Malah sejak ada yang menunjukkan minat kaedah pertukaran kepimpinan seperti di Mesir. Pada aku terus terang aku kata, kalau yang bakal lead tu seperti Salahuddin Ayubi atau Umar As-Siddiq, no hal la, Insyaallah nyawa aku pertaruhkan.

Tapi kalau setakat muka macam macam Najib, Anwar atau Nik Aziz - tak payah la... buang masa aku ja. Pi ngundi pun buang masa ja pada aku. Cuma aku pelik, macam mana ada manusia yang bodoh tahap gaban sanggup bermatian untuk depa-depa ni?

Friday 22 June 2012

MAS: BIAWAK HIDUP!!

Aku nak elak diri dari sentuh pasal MAS, namun apakah daya aku insan yang lemah. Selagi rancangan nak 'kasi' MAS RM9 bilion tak dibatalkan selagi tu la aku tak senang duduk. Pada aku MAS tu bukannya keperluan utama rakyat Malaysa - tanpa MAS pun "everybody can fly"! tak payahla buang duit tanggung biawak hidup tu.

Aku tak bantah hangpa nak selamatkan MAS tu, buatlah apa pun.  Terus terang aku kata, aku tak kesah pasal "share deal' antara MAS dengan Air Asia haritu, kalau nak kasi 100% saham MAS kat Air Asia pun aku tak kisah pasal still "everybody can fly". Macam yang aku kata sebelum ni, kapal terbang ka teksi ka bas ka, sama ja status depa. Jangan buat cerita bodoh kata pasai kita MAS dunia kenal Malaysia!

Aku tak berapa nak harap bila tikus membaiki labu, bila ditanya jawapan klise tak habis-habis "kos operasi meningkat" - mana ada dalam dunia ni kos tak meningkat! Nampak sangat tak reti nak manage kos. Nak harapkan hasil siasatan, yang menyiasat tu pun sama level ja macam kat dalam MAS tu. Tu pasal aku tak berapa nak ambik port pasal kisah silam MAS ni - banyak sangat sejarah hitam!

LAST BUT NOT LEAST: MAS SATU LAGI KEGAGALAN DAN KEBODOHAN MELAYU

Wednesday 20 June 2012

SYA'BAN

Terlajak Rejab, harap-harap aku sempat bersalam dengan Sya'ban. Nampak gaya persediaan menyambut Ramadhan kali ni sama macam yang sudah-sudah - ala kadar jer la, nak buat lagu mana, aku insan yang lemah @ umat akhir zaman. Takat mana keupayaan nak menghadapi Ramadhan kali ni tak tau la.

Tak lama lagi perbahasan berkait dengan segala amalan dibulan Ramadhan bermula. Kengkadang pada aku la yang bertanya dengan yang menjawab sama bodoh ja bunyinya. Istilah-istilah seperti bida'ah mengalir macam ayiaq Sungai Kelang. Nak buat lagu mana, dah tahap otak Melayu, banyak sangat makan belacan, budu & cencaluk.

Apa nak dibuat bila datangnya Ramadhan?

Puasa time Rejab ngan Sya'ban tu budak tadika pun tau! aku bukannya nak berceramah pasai ibadah-ibadah atau doa yang ada. Benda-benda macam tu baik pi tanya kat ostat.  Aku plan (kalau ada rezeki la) aku nak sambar Suzuki Belang satu. Aku ni travel long distance hari-hari. Layan yang empat tayar ni alamat macam yang sudah-sudah la, ada kala time Tarawih aku kat jalanraya lagi.

Aku dream kali ni aku nak pi tengok anak bulan. Part ni aku pening, punya la advance equipment sekoq pun tak nampak anak bulan. Selalu orang buta ja yang tak nampak, takkan selama ni orang buta pi tengok anak bulan kot! Dulu aku pernah lepak kat Baitul-Hilal, pergh... syahdu beb, berdiri ngadap laut, tengok matahari terbenam, dan jatuh ja matahari terus azan...

Jangan harap la aku nampak anak bulan! aku just nak pi tengok ja, result aku tunggu dari Penyimpan Mohor la apa lagi. Bila dia isytihar puasa ja aku nak belasah Takbir sampai 7 kali and for sure follow dengan doa Nabi Khidhir. Bukan senang nak dapat peluang Takbir ni, orang tak cukup sifat ja pi Takbir bila dengaq ceramah.

Weiii.. rumah pun tengah serabut nih, nak kena kemas luaq dalam. Sempat ka dak tak tau la kalau dah daily pukul 8.00 malam baru pijak rumah, weekend?? Aku bukannya nak kasi cat baru ka apa ka, dapat mop lantai, tebas semak keliling rumah pun aku rasa dah ok kot. Tapi rasa-rasa kali ni aku nak bakaq gaharu or setanggi, kasi nampak konventional sikit.

SYRIA OH SYRIA

Apa perkataan yang sesuai untuk peristiwa di Syria ketika ini?
Kebangkitan/ Pemberontakan/ Rusuhan/ Tentangan/ Penderhakaan?

Aku tak kisah terminologi yang digunakan. Pada aku berlaku kematian akibat pembunuhan yang berkait dengan kuasa pemerintahan! masing-masing punya 'fatwa' tersendiri untuk 'menghalalkan' tindakan masing-masing. maka berlakulah kejadian ini:




Betapa celakanya mereka yang bersengketa! Angkara nafsu yang tidak pernah puas dan tidak mengenal erti syukur kanak-kanak menjadi mangsa! terlaknatlah kamu wahai yang bersengketa!

Siapakah yang kejam sebenarnya?

Apa pun alasan, Bashar adalah pemerintah yang gagal - gagal menjaga keselamatan rakyatnya terutamanya kanak-kanak. Aku tak kisah berapa ramai rakyat Syria yang mati, adat pejuang! tetapi keselamatan dan nyawa wanita, orang tua dan kanak-kanak perlu diambil kira.  Pembunuhan wanita, orang tua dan kanak-kanak seperti mana yang dilakukan oleh regim Zionis perlu dihentikan. Regim Assad dan penentangnya perlu dipertanggungjawabkan dan dihukum.

Tapi siapa yang akan mainkan peranan utama? OIC? ASEAN? atau masih nakkan NATO dan PBB? 

APA NAK JADI?

Dah 50 tahun dah Malaysia ni, selama tu jugak la Melayu jadi ketua, selama tu jugak la Dong Zong berMahaRajalela macam negara bapak dia sorang yang punya. Nak buat macam mana dah Melayu tak berani nak angkat muka. Paling kuat pun jeritkan Takbir dan hunus keris, lepas tu kepala kena gosok ek Cina!!

Orang kata yang lepas tu lepaslah, jangan dikenang. Tulisan Jawi telah dimansuhkan dah lah, jangan dikenang (pasai anak dia la ni jadi SetPol LGE). Kuasa kawal sekolah vernakular berpindah dari tangan menteri kepada kabinet, jangan lagi dikenang (pasai itu BABI punya kerja). Tapi yang pelik pasai pa dilayan kehendak Dong Zong ni?

Apa perlunya sekolah vernakular ni?

Pada aku la sekolah tetap sekolah, sama seperti Masjid atau Surau (jangan nak manipulate kata aku samakan sekolah dengan Masjid - aku cibaikan mak bapak korang nanti), antara salah satu institusi mencari/ mendapatkan ilmu dan pendidikan. Penyampaian sesuatu ilmu itu perlulah melalui bahasa. Apa jenis bahasa yang dipilih terpulanglah pada kelompok yang terlibat.

Kalau nak ikutkan demokrasi yang depa laungkan kena la ikut persetujuan ramai! tapi dah jenis fasik, munafik dan kafirun, keputusan majoriti diketepi atas alasan yang tak masuk akal. Itulah yang terjadi pada sekolah vernakular yang dipayungi Dong Zong. Atas keputusan apa pulak peruntukan diberi pada ketika yang sama SAR dianak tiri?

FGVH: PROJEK TIPU MELAYU?

Rekod mencatatkan PKM adalah parti politik yang sah di Tanah Melayu. Tujuan penubuhan untuk memerdekakan Tanah Melayu dari British. Persepsi penduduk Tanah Melayu dengan persepsi warga Malaysia terhadap PKM berbeza-beza!

So cerita PKM ni pada aku sama la macam cerita Felda. "Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP)(bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu" (statement ni aku petik dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Lembaga_Kemajuan_Tanah_Persekutuan).

Sebenarnya aku kelabu asap pasal status peneroka ni, depa ni dikategorikan sebagai pekerja ladang atau pengusaha tanah rancangan? takpalah tu soal depa, anak-anak depa pun dah besaq, ada yang dah keluar universiti, yang jadi loyar pun ada. Pada aku kerajaan Malaysia dah berjaya selesaikan sebahagian besar masalah kemiskinan luar bandar. Rata-rata peneroka dah pencen (tak lagi larat nak mengusahakan ladang depa), maklum la dan tua, ada yang dah meninggal dunia.

Selagi manusia wujud kat mukabumi ni selagi tu la masalah muncul. Selepas masalah kemiskinan generasi pertama, muncul pula masalah generasi kedua (anak-anak sipeneroka). Ada yang dok kat dalam kawasan Tanah Rancangan ada yang dah berhijrah keluaq. Perjanjiannya peneroka dijanjikan pemilikan tanah yang diusahakan. Maka tak pasal-pasal la Tanah Rancangan tu jadi harta warisan keluarga.

Dalam isu FGVH ni yang aku nampak just generasi kedua ja yang dok melompat-lompat, peneroka majoriti tak ambik port dah. Impian depa nak mewarisi harta peneroka musnahlah sudah. Kini tanah yang diteroka bukan lagi hak milik mutlak peneroka dan generasinya... tanah ini Felda yang punya (ikut skrip filem). Sebagai ganti peneroka dalam hidup selesa, anak-anak yang berpendidikan.

Peliknya pasai pa Kerajaan susah payah nak pikiaq pasai generasi ke2 ni, majoriti depa bukannya dok dalam tu pun....

Tuesday 19 June 2012

LYNAS OH LYNAS

Cakap pasal Lynas for sure nama-nama seperti Fauziah Salleh (Mak Lampir), Tan Bun Teet dan Dr Che Rosly muncul, cuma paling naya antara depa Dr Che Rosly ja (MP aku tuh). Lynas ni buat aku bangga kat MP yang aku undi pada PRU dulu. Rasa-rasa PRU coming ni dia tak lagi dicalonkan pasai berkata benar, team dia pulak nak dia jadi munafik or paling kurang pun diam!

Kalau aku kat tempat dia pun mana boleh diam. Kalau diam maunya satu Malaya kena kelentong dengan Mak Lampir tu, ada ka kata Lynas tu loji nuklear... bodoh punya MP! sapa la yang ngundi dia ni dulu... bodoh punya pengundi! Ni la bahana bila ngundi lambang. Selalu depa kata Melayu Johor bodoh... "kalau tunggui dibalut dengan bendera UMNO pun boleh menang"... sekarang amacam.

Tu pasai aku sokong penubuhan School of Election! pengundi bukan setakat diajar macam mana nak mengundi tapi paling penting macam mana nak buat pemilihan antara calon yang bertanding! Tu pasai mengundi ni kerja berat. Kalau takat macam yang hangpa buat selama ni dan yang terpilih tu macam Mak Lampir tu tak payah buat PRU pun takpa...

Monday 18 June 2012

MAS: BAIK KASI MATI JE..

Aku tak paham sangat istilah perubatan antara 'kritikal' dengan 'cukup kritikal'. Pada aku kalau dah 'kritikal' tu dah kena dok kat dalam ICU dah! tapi kalau dah condition "cukup kritikal" ikut paham aku kira tunggu mati jer, harapan nak sembuh tu kira bawah 10% jer la kot!

Nak teruskan rawatan perlukan belanja RM9 bilion lagi... tu pun belum tentu selamat ka dak. Doktor mana la yang dok kena rawat pesakit tahap gaban macam ni? Paling naya pembiaya paksaan la, for sure la depa kena pasang niat sedeqah. Jangan harap la nak dapat untung, balik modal pun tak nampak bayang.

MAS ni pada aku macam artis la, harap maintenance ja tinggi, gedik dan glamour je lebih. Peliknya dah tau tinggi dok pi layan jugak kejadah apa? Pada aku la, MAS ka bas ka, teksi ka.. sama ja.. pengangkutan. Gunanya nak bawak kita dari satu tempat ke tempat yang lain. Cuba pikiaq, kalau teksi ka bas ka kalau dah merugikan kita nak maintain ka nak cari lain?

Daripada perabihkan RM9 bilion tak tentu pasai, baik la duit tu digunakan untuk pampasan kepada staff MAS. Tapi nak kasi tu kena guna akai la, manusia ni kalau dapat duit segepuk memang la lupa diri, macam orang dapat duit KWSP.

Aku bukan nak staff MAS menganggur hilang kerja. Tapi kalau hangpa kasi RM9 bilion kat depa ni yang rata-rata (bukan semua) dok amal seks bebas, kaki mabok takkan kemana la. Tok sah deny la perangai Krew airline ni....

Sunday 17 June 2012

SIAPA PAKAR SISTEM?

Macam mana nak start?
Masalah utama aku bila nak start menulis pasai aku bukannya penulis. Tetambah bila nak menulis benda-benda yang bersifat serius. Lately banyak sangat orang bercakap pasal sistem berdasarkan geografi dan kebudayaan. Ada sistem barat, sistem Islam, sistem liberal dan ntah apa-apa lagi. Macam-macam la cara nak menjustifikasikan sistem-sistem tersebut.

Bagi yang pro-Islam, sistem-sistem lain macam hantu pada depa, takut sangat. Puak-puak yang pro sistem non-Islam pun macam tu la jugak, so dengan kata lain "the best man win". Paling best sistem Islam pulak ada macam-macam jenis dan kategori (ikut tahap ilmu dan kefahaman individu/ kumpulan). No wonder sampai la sesama Islam dok bertelagah dan berperang!

Pertikaian (ada yang ketahap berperang) antara Syiah dan Sunnah (sesama Islam) bukanlah benda baru. Masa aku sekolah dulu ada nama Abdullah As-Saba' yang berkempen menggunakan klaus "Ahlul-Bait". Ramai jugak la yang terikut. Aku senyum je la bila ada pandangan kata itu faktor individu. Pada aku kempen ABU takkan berjaya kalau individu (Anwar Ibrahim) je yang menggerakkan.

Kalau dah "Ahlul-Bait" tu program milik Yahudi (Abdullah As-Saba') yang mencetuskan antaranya perang Siffin sehingga tertubuhnya Republik Islam Iran, bagaimana pula dengan doktrin anti-Islam lain? Manipulasi "Ulama pewaris nabi" menjadikan golongan ulama di Iran (Ayatullah) mempunyai final say, hingga apa yang dikatakan mereka diterima ketahap sama dengan Hadis.

Program penghancuran aqidah melalui doktrin Abdullah As-Saba' kian ketara di Malaysia. Ketaksuban terhadap individu yang bergelar ulama' kelihatan diterima pakai sama seperti apa yang dikatakan oleh Ayatullah di Iran. Ayatullah Melayu di pulak kelihatan kian takbur dengan ilmu dan titlenya. Para pengikutnya pulak tak ubah seperti lembu yang dibela Shahrizat!

Terkini Ayatullah Melayu ni pulak menempelak menempelak ahli panel "Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin" perbuatan yang pada aku sama seperti menempelak Khatib yang membaca khutbah Jumaat atau guru yang sedang mengajar! Bersetuju atau tidak dengan pandangan tersebut bukanlah isu, tapi tujuan dia menempelakkan tu nampak sangat ada udang disebalik batu!

Tuesday 12 June 2012

ANTARA HAJI DAN UNDI

Tetiba aku tertarik dengan isu yang ditimbulkan.. mana satu hendak didahulukan? Hakikatnya pandangan dan permintaan  peribadi Tuan Ibrahim Tuan Man ini hanyalah untuk ahli-ahli parti tertentu sahaja, bukan menyeluruh kepada semua umat Islam di Malaysia.

Aku bukanlah faham sangat dan tak la nak berapa ambik kisah sangat, tapi bila sampai tahap nak terpercik bunga-bunga 'api' kena la aku ambik port! Aku cuba fahami dan selami perasaan Tuan Ibrahim, pastinya bukan pasal bilangan undi semata beliau utarakan pandangan tersebut!

Andainya berlaku pengundian tatkala sebahagian umat Islam (di Malaysia) berada di Makkah, pastinya bilangan pengundi dari umat Islam. Aku cuba bayangkan suasana di medan tempur, andainya bilangan tentera Islam ada seramai 10 ribu orang dan tentera kapir ada 9 ribu orang. Secara demokrasinya tentulah tentera Islam yang menang. Andaikan 2 ribu daripadanya meninggalkan medan tempur atas alasan ibadah, tentulah tentera kapir pulak yang menang. Mungkin ini yang difikirkan oleh beliau.

So dalam keadaan ini mana satu perlu didahulukan?

Kalau dihitungkan, PRU tak perlu diadakan tahun ni kerana tempoh 'edah' sehingga Mac 2013....