Wednesday 20 June 2012

FGVH: PROJEK TIPU MELAYU?

Rekod mencatatkan PKM adalah parti politik yang sah di Tanah Melayu. Tujuan penubuhan untuk memerdekakan Tanah Melayu dari British. Persepsi penduduk Tanah Melayu dengan persepsi warga Malaysia terhadap PKM berbeza-beza!

So cerita PKM ni pada aku sama la macam cerita Felda. "Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP)(bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu" (statement ni aku petik dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Lembaga_Kemajuan_Tanah_Persekutuan).

Sebenarnya aku kelabu asap pasal status peneroka ni, depa ni dikategorikan sebagai pekerja ladang atau pengusaha tanah rancangan? takpalah tu soal depa, anak-anak depa pun dah besaq, ada yang dah keluar universiti, yang jadi loyar pun ada. Pada aku kerajaan Malaysia dah berjaya selesaikan sebahagian besar masalah kemiskinan luar bandar. Rata-rata peneroka dah pencen (tak lagi larat nak mengusahakan ladang depa), maklum la dan tua, ada yang dah meninggal dunia.

Selagi manusia wujud kat mukabumi ni selagi tu la masalah muncul. Selepas masalah kemiskinan generasi pertama, muncul pula masalah generasi kedua (anak-anak sipeneroka). Ada yang dok kat dalam kawasan Tanah Rancangan ada yang dah berhijrah keluaq. Perjanjiannya peneroka dijanjikan pemilikan tanah yang diusahakan. Maka tak pasal-pasal la Tanah Rancangan tu jadi harta warisan keluarga.

Dalam isu FGVH ni yang aku nampak just generasi kedua ja yang dok melompat-lompat, peneroka majoriti tak ambik port dah. Impian depa nak mewarisi harta peneroka musnahlah sudah. Kini tanah yang diteroka bukan lagi hak milik mutlak peneroka dan generasinya... tanah ini Felda yang punya (ikut skrip filem). Sebagai ganti peneroka dalam hidup selesa, anak-anak yang berpendidikan.

Peliknya pasai pa Kerajaan susah payah nak pikiaq pasai generasi ke2 ni, majoriti depa bukannya dok dalam tu pun....

No comments:

Post a Comment