Monday 25 June 2012

MORSI OH MORSI

Salam dan tahniah kepada Morsi...

Dataran Tahrir kini menjadi inspirasi kepada penduduk dunia yang mahukan perubahan kepimpinan, terutama kepada mereka yang sering tewas kepada suara demokrasi. Lantas mereka mengharapkan kejadian yang sama berlaku ditempat lain. Malah ada yang tanpa rasa silu mengaitkan diri atau organisasi mereka dengan Ikhwan Muslimun.

Morshee, yang mempunyai 51.7% kuasa di Mesir (bak kata Mahathir, akan tetap sebagai pemenang walau pun sekadar satu undi) kini bertakhta di Mesir. Setakat mana beliau mampu bertahan? Semuga beliau dalam pemeliharaan Allah SWT.  

Kemunculan penakal membandingkan antara pasangan Pertama Mesir ini dengan pasangan Pertama Malaysia telah diduga dari awal. pastinya Jauh panggang dari api.

Perbandingan pastinya memberi persepsi kepada penerima sama ada positif atau negatif, bergantung kepada persepsi penerima. Tujuan perbandingan pastinya berpelbagaian, mungkin harapan, mungkin juga sindiran.

Malah sejak ada yang menunjukkan minat kaedah pertukaran kepimpinan seperti di Mesir. Pada aku terus terang aku kata, kalau yang bakal lead tu seperti Salahuddin Ayubi atau Umar As-Siddiq, no hal la, Insyaallah nyawa aku pertaruhkan.

Tapi kalau setakat muka macam macam Najib, Anwar atau Nik Aziz - tak payah la... buang masa aku ja. Pi ngundi pun buang masa ja pada aku. Cuma aku pelik, macam mana ada manusia yang bodoh tahap gaban sanggup bermatian untuk depa-depa ni?

No comments:

Post a Comment