Tuesday 31 July 2012

TERSUNGKUR DI PINTU RAMADHAN

Tau-tau kaki dah langkah masuk zon maghfirah (keampunan), rahmah pun tak tau lagi dapat ka dak, nak harapkan pulak keampunan - logik ka! pikiaq la kalau pak/mak dok maghah kat kita mau ka dia maapkan? kena kasi sejuk hati dia dulu la bro...

Part kasi sejuk hati ni la yang penting - ada kaitan antara rahmah dengan maghfirah, tak dak mananya maghfirah tuhan mai tughun macam bulan jatuh keriba! bila dah ada/ dapat kasih sayang tuhan, tak payah dok kalut la pasai keampunan, proses keampunan tu just tinggai jadi formality ja! senang kata macam ni la: awek kalau dah sayang.. kena pula sayang kat kita lebih dari diri sendiri, hangpa tak payah mintak.. free-free ja dia serah diri - paham!".

Kalau awai-awai (rahmah) dah fail, hangpa ingat boleh dapat ka part zone kedua ni? mimpi la! betoi Tuhan Maha Pengampun.. akai gun la bro! Tu pasai la kena kalu dari awai, pre-ramadhan tu penting. Pada yang paham, sebelum ramadhan mai depa dah buat preparation - 60 hari tu. 20 hari pertama tu memang tak jadi benda la - pembersihan hanya berlaku selepas 20 hari pertama (40 hari).. bila ramadhan mai baru la boleh cerita pasai rahmah and maghfirah.

Pasai pa pentingnya kena dapatkan rahmah dengan maghfirah ni?

Takkan hangpa tak gheti lagi kot! 10 malam terakhir ni ada satu malam yang istimewa! kalau tak buat preparation (bersihkan diri), tak dak pula rahmah and maghfirah jangan mimpi la malam istimewa tu dapat kat hangpa - sama ja la macam puak yang pi skodeng anak bulan tu - buat syarat ja!

Hangpa pun tau dah kan, hanya yang terpilih ja yang akan dapat bertemu dengan Lailatul-Qadr! hangpa ingat yang terpilih tu macam pakai cabut undi ka? - jangan harap la.. yang terpilih tu hanya yang dapat kasih sayang Allah (rahmah)! so sama jugak la macam yang pi tengok anak bulan - hanya yang terpilih (yang dapat rahmah Allah) ja yang dapat bertembung dengan anak bulan!

Tu pasai la aku cakap pasai preparation! kalau nak ngadap ramadhan, rejab ngan sya'ban kena power beb! bila dan power preparation baru la berpeluang masuk zon first ramadhan (rahmah). Bila dah dapat kasih sayang Allah baru la dapat pengampunan Allah - logic la kan Allah ampunkan (utamakan pulak tu) orang (hamba) yang Dia sayang! Bila dah Allah sayang, dapat pulak pengampunan, part zon ketiga ramadhan tu tak la jadi masalah. Baru la boleh cerita pasai Lailatul-Qadr ka, hapa ka...

La pikiaq balik... preparation (rejab/ sya'ban) lagu mana?.. kalau part ni dah kantoi tak payah la cerita pasai ramadhan lebih-lebih sangat... 

Thursday 26 July 2012

RAHMAH: KENAPA TAK TERASA

Tiap kali dengaq tazkirah ramadhan for ustat penceramah bebas dok sebut pasai rahmah, maghfirah & itqum minannar. Kalau aku tanya macam mana ghupa rahmah tu gerenti aku kena tala punya. Kalau pi tanya bebudak yang ada ni pun for sure ghamai yang tak gheti nak ceghita lagu mana lagu mana ghupa rahmah tu. Pasai pa jadi lagu tu?

Lagu mana ghupa kita kalau tak dak rahmah @ kasih sayang Allah kat kita? senang kata, lagu mana ghupa kita kalau Allah tak suka/ benci kat kita? payah sangat nak habaqkan.. apa ghasa kalau tidak lagi disayangi oleh ibu/bapa atau keluarga - agak-agak mana ghupa hidup tu. Hidup kalau dah tak ada kasih sayang tak tau la nak habaq lagu mana dah!

Gambaq sebelah mungkin takdak apa-apa makna kat kita pasai kita hidup mewah, petik jaghi ja dapat apa yang kita nak! Tapi kalau peghati elok-elok kasih sayang tak dapat dinilai dengan harta benda, tiada pertukaran dapat dilakukan. Kasih sayang antara anugerah Allah yang paling bernilai dan istimewa. Hanya mereka yang istimewa dan terpilih sahaja yang ada sifat ini.

Tu pasai la ramadhan ni kita kena puasa supaya kita tau nilai kasih sayang. Kalau aku sughuh hangpa buat cerita berdasarkan gambaq for sure hangpa dapat bagi gambaran mana ghupa sikecil yang dikendong kalau tiada kasih sayang dari yang mendukungnya! Tak payah la nak sombong kata hangpa tak perlukan kasih sayang daripada orang lain!

So pikiaq sendiri la nak disayangi ka tak nak! kalau nak kena buat cagha nak - soalnya macam mana? jawabnya kena la buat benda yang disuka/ disuruh. Buat dengan rela hati bukan pasai ghasa terpaksa atau dipaksa. Kalau dalam konteks ibadah nawaitunya (niat) 'hanyalah kerana Allah'. Ianya bukan sekadar ungkapan dibibir tetapi merupakan satu 'akujanji' yang lahir hati lubuk hati yang suci bahawa apa sahaja yang dilakukan hanyalah semata-mata kerana Allah.

SAMBUNG LAK LA - PI SOLAT JUMAAT LA!

Friday 20 July 2012

ANAK BULAN

Ghasa aku la - kalau aku tanya mana ghupa anak bulan confirm tak dak sapa yang dapat tunjukkan gambar ghupa anak bulan tu. Kalau nak ada pun gambaran secara verbal - tu pun macam-macam versi - tu pun kalau tanya kat depa yang dipertanggung jawabkan tengok anak bulan.

So aku pun ghanjau la kat dalam google, alih-alih aku dapat gambaq macam kat ataih nu - nakai sungguh la depa ni! Tak terpiaq la pu lak aku pasai benda-benda macam ni. Hmmm!... takat ni aku tak nampak macam mana ghupa anak bulan! - nampak gaya next session rujuk kalender kuda jer la!

Takat time ni ja dah berduyun aku terima artikel pasai posa. Alhamdulillah dan terima kasih pasai ingatkan aku! Kalau ada rezeki malam ni start la bertarawih! Aku takla nak syarah pasal fadhilat ramadhan ni - biaq la ustat yang cerita.

Serious - aku teringin nak tengok anak bulan, dapat gambaq anak bulan pun kira dah ok dah.

MENTRADISIKAN IBADAH (TENGOK ANAK BULAN)

Tak tau la pasai pa, tetiba aku diusik kerinduan pula pada wajah redup dan lembut ini - selembut perwatakan dan tutur katanya! Semoga Allah terus memberikan taufik dan hidayahnya!

Ramadhan menjelma lagi! tak tau la aku sempat ka dak kali ni. Takat masa aku nulis ni aku idup la lagi, sat gi tak tau la! Ghasa-ghasa sepanjang menjelmanya ramadhan tak pernah la aku muhasabah diri. Saban tahun aku aktiviti ramadhan aku tetap sama - tahun ni pun ghasa-ghasanya seghupa.

Satu ketika, suspend sungguh bila orang pi tengok anak wayang pasai posibility nampak dengan dak 50/50. Kemunculan Penyimpan Mohor pulak memang ditunggu-tunggu, hatta kalau ada ghaa nak beghak masa tu sanggup tahan.

Tapi la ghasa kosong, ghasa suspend dah tak melintas langsung. Paling kesian tak sapa peduli pun kat yang terlibat pi tengok anak bulan nu. Orang dah tak rujuk kepada pak mufti ka hapa ka. La ni orang rujuk kalendar kuda ja! tengok anak bulan ni just tinggai jadi tradisi ja.

Paling kesian kat atuk gambaq sebelah ni la, start dari dia kerja sampai pencen, tak peghenahnya dia dapat peluang sebut "anak bulan telah kelihatan". Pasai pa tak dak yang ambik iktibar pasai kenampakkan anak bulan ni? Macam-macam la alasan depa kasi - pada hal arwah tu dulu pi kat tempat yang sama gak, Baitul Hilal (Port Dickson)!

PASAI PA TAK NAMPAK?

Dari aku kecik sampai besaq, tu la soklan yang dok meghawang dalam kepala hotak aku ni! cukup tak pueh hati betul aku. Ada kat patut, dizaman serba canggih ni boleh tak nampak jugak. Takkan nak kata mereka yang dilantik pi tengok anak bulan ni tak gheti! - ini dah masuk kes salah lantik pulak nanti, kalau dapat kat rafizi sure mati!

Agak-agak bila la kita dapat dengaq kata "anak bulan telah kelihatan"?
SELAMAT BERPUASA

Tuesday 17 July 2012

BELANJA

Pening kepala aku bila Najib request rakyat bagi input (libatkan diri) untuk bajet 2013 ni. One-side pasai pa nak mintak input dari rakyat, awat selama hi hangpa tak dak or tak tau ka kehendak rakyat? Apa kejadah kitorang dok pi ngundi pilih sampai 222 orang wakil kat dalam Dewan Rakyat tu?

Kalau dah sampai tahap ni punya mintak nampak sangat la 222 wakil tu jenis lembu pawah! woi aku tak pedulik la korang dari team mana, yang aku tau hangpa tu wakil yang telah dipilih. Patutnya kehendak dan keperluan rakyat hangpa dah ada senarai. Jangan dok cakap la hangpa 'fahami kehendak rakyat' - ayat tu subjektif jer, kena ada checklist!

Pusing pi pusing mai masalah utama aku as rakyat adalah kos sara hidup! part ni paling pening. Kalau tukaq gomen pun confirm takkan berubah punya. Pasai pa aku confident tak berubah?

  1. Selagi mana yang dipilih sebagai wakil tu berasaskan logo dan lambang sampai mampoih la calon yang ada tu jenih bodoh nak mampoih!
  2. Pusing pi pusing mai majoriti muka-muka yang ada tu dah cemuih aku tengok! kena limit sket la muka yang duduk kat dalam nu (parlimen) takat dua kali ja seumur hidup.
  3. PALING UTAMA - selagi dok terzahir aktiviti riba, zina, dusta, tipu sukatan/ timbangan confirm jer (wajib bagi Allah S.W.T) bagi bala KOS SARA HIDUP YANG TINGGI (mahal harga barang), hasil pertanian tak berkat, mudah dikalahkan musuh, and IBADAT TAK DITERIMA!
Selagi mana aktiviti riba, zina, dusta, tipu sukatan/ timbangan meriah dikalangan rakyat dan pemimpin jangan dok harapla bala kos rasa hidup selesai! Toksah dok cakap pasai hudud  la dalam hal ni. Bukan aku tolak or tak percaya, soalnya hudud tu confirm jer tak lepaih punya kalau dibentang kat dalam dewan nanti (kan wakil tu kita yang lantik).


ok lah.. next artikel aku cerita macam mana nak belanjakan duit yang & belanja bila tak dak duit!

Monday 16 July 2012

MENGINDAHKAN INSTITUSI DIRAJA I

Kalau pi tanya kat rakyat (tak kigha la kaum mana) pasai keluarga diraja for sure depa geli geleman yang naik getik pun ada. Tapi Bani Jawi masih lagi dok kalut sayang tak tenti pasai kat raja/ sultan depa. Takutnya tak terkata bila kata menderhaka. Maklumlah dari kecik sampai besaq telinga disumbat dengan kata-kata "pantang anak melayu derhaka" - pantang tok nenek hangpa!

Kalau sebut nak derhaka ja kalut la para juak yang kononnya pembela bangsa menjaja Sumpah Setia Melayu
  • "H
  • endaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti (rosak akhlaq) sekali pun." - bodoh ka hapa nak suruh terima ja manusia zalim dan rosak akhlaq sebarai raja/ sultan!


    Aku tak nafikan Sumpah Setia Melayu untuk menerima perlantikan seseorang raja/ sultan "Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan" - pada paham aku la 'sedia' kat situ bersyarat, bukannya terima membabi buta! kalau dah tak layak tu tak payah la ditabalkan pulak. Part syarat ni la yang aku nak fokuskan!


    Ops..! aku bukan nak suruh atau menggalakkan Bani Jawi menderhaka, aku nak Bani Jawi pakai akai and cari solution supaya Institusi Di-Raja yang dah molek ni disucikan daripada keluarga diraja yang merosakkan institusi milik kita (Bani Jawi). Bukankah peranan mereka (raja/ sultan) sebagai ketua istiadat melayu dan agama (Islam). Kalau ditanya aku pasti rakyat akan kata jawatan yang disandang kena selaras dengan peranan!


    Kalau pernah ada dan diterima perumpamaan "sultan umpama bayangan tuhan di bumi" aku rasa tak salah kalau diadakan pula perumpamaan "demokrasi umpama bayangan tuhan di bumi" pula! dimana kedudukan dan hak rakyat dizaman demokrasi ini dalam membuat pemilihan/ keputusan menabalkan (bai'ah) seseorang raja/ sultan. - RAKYAT BERHAK MEMBUAT PILIHAN & KEPUTUSAN


    Kita dah ada Majlis Raja-raja, pada aku dah cantik dah tu! seperti mana Dewan Rakyat perlu ada pihak ketiga yang memantau perilaku mereka agar tidak melepasi sempadan yang sepatutnya. Kenapa dalam bab ini tidak dijajakan pula petikan  "Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah."


    Bukanlah pulak aku nak suruh hangpa beghatoq berkali-kali pi mengundi pulak, cukup la kita mengundi masa PRU ja. Kita kan dah ada wakil dalam Dewan Rakyat & Dewan Undangan Negeri. Aku rasa tak salah kot kalau kita bagi kuasa pada depa ni (pasai depa ni pun kita pilih) mengundi pulak buat pilihan bagi pihak kita melantik/ menabal raja dan pengganti raja.


    Kekebalan tu pada aku kena ada limit la, kalau pada benda-benda yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara diberi kekebalan kat depa tak dak hal la pada aku, yang penting jangan kasi depa ruang & peluang buat jenayah dan menzalimi rakyat! sebelum rakyat menderhaka lebih baik raja/ sultan atau penggantikan disingkirkan (contohnya melalui undi tak percaya hehehe).


    Nak bertindak (selamatkan Institusi Di-Raja) kena la buat awai-awai. Maklum le dalam keluarga diraja yang dijuga dipilih dan ditabalkan jadi raja/ sultan atau pengganti raja ada yang jenih penyangak & penyamun, tak kurang jugak kaki botol & kaki betina! apa kejadah manusia macam tu dijadikan ketua adat istiadat dan agama!

    Sunday 15 July 2012

    PERUBAHAN 4

    Dari mana hendak dimulakan? Parlimen? Majlis Raja-raja? Kehakiman? Perundangan?... ATAU
    'lancarkan satu revolusi'?  "Kamu lebih tahu dunia kamu" - tak payah sebut petikan tu dari mana, patutnya semua orang dah tahu! maknanya pilihan ditangan kita.

    Barangkali ada baiknya kita mulakan dengan Majlis Raja-raja yang dinobatkan sebagai Ketua Istiadat Melayu (Bani Jawi?) dan Agama Islam!

    Setakat mana perlunya Bani Jawi terhadap 'Raja' satu persoalan menarik untuk dikupas, atau barangkali individu yang menduduki 'takhta' yang menjadi persoalannya.

    Penerimaan pastinya berbeza andainya perwatakan sang raja seiring dengan peranan yang dipertanggungjawabkan. Pewarisan takhta bukanlah menjadi persoalannya, tetapi syarat dan kelayakan sang pewaris perlu diberi penelitian. Pewaris yang rosak (aqal dan akhlaq) sewajarnya disingkirkan. Pemantau berkesan bagi pewaris dan pemegang takhta adalah rakyat sendiri.

    Perlembagaan telah memberikan ruang dan jaminan kepada hak kita sebagai rakyat. Terpulang kepada kita untuk kekal mengikat akal budi dengan istilah "bayangan tuhan di muka bumi". Benar Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun saling melaknati (sumpah), namun wujud kelonggaran antaranya seperti mana persetujuan mereka berdua Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patek pun mengubahkanlah.” Titah Sang Si Perba: “Baiklah, kabullah hamba akan wa’adat itu.”

    Sumpah Setia Melayu (Bani Jawi) adalah jaminan check and balance antara pemerintah (raja) dengan yang diperintah (rakyat). Sumpah Setia ini dilengkap dan diterangkan lagi dengan ungkapan “Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.” Tiada masalah jika Bani Jawi tidak mahu menderhaka tetapi bukanlah bermakna Bani Jawi tiada hak untuk menyingkir pegganti raja seperti mana dilakukan oleh Bendahara Tun Perak kepada Raja Muhammad!

    Andainya selama ini Bani Jawi dan rajanya diikat dengan sumpah laknat secara verbal, telah sampai masanya perjanjian itu diaktakan bagi mengawal perlakuan keduanya.

    Friday 13 July 2012

    PERUBAHAN INSTITUSI III

    Sekiranya Mak Cik Maimun secara tidak sengaja menjenakakan sistem demokrasi yang menjadi tuhan kepada sebahagian pencinta kuasa. Dong Zong pula secara terbuka menghina sistem tersebut serta pencintanya. Bukan sekadar itu Perlembagaan dan Institusi Raja-raja Melayu (Majlis Raja-raja/ Agong) kelihatan langsung tidak berfungsi mempertahankan hak rakyat yang telah dipersetujui bersama!

    Benar! ada Melayu yang terasa hati dengan tuntutan Dong Zong dan melahirkan cuba kemarahan mereka. Bukankah telah ada institusi untuk mengawal manusia-manusia yang ada dalam Dong Zong itu? Malunya aku bila ada Perlembagaan dan Institusi DiRaja yang tidak berfungsi - baik lupuskan sahaja keduanya daripada marahkan Dong Zong!

    PADAMNYA API SYAHID

    Aku tertanya-tanya apakah pencinta/ penjaga kedua-dua institusi tersebut tidak terasa apa-apa dengan penghinaan yang diberikan oleh Dong Zong?  Ada perkara yang boleh didebat dan dirunding, ada perkara yang perlukan tindakan autokratik! Mengambil tindakan terhadap tidak punya apa-apa makna andainya penghuni Dong Zong masih lagi mampu berdiri dan bersuara!

    Mempertahankan hak tidak cukup dengan rundingan, merayu dan meraih simpati dari manusia-manusia kiatsu! Mempertahankan hak perlu disertai dengan tindakan secara fizikal. Andainya pengecut untuk bermandi dengan darah janganlah bercakap pasal hak! tidak perlunya berselindung disebalik dengan kedaulatan undang-undang!

    Kerana itu aku katakan perubahan perlu dilakukan terhadap institusi utama negara. Mereka yang mendudukinya bukan sahaja kelihatan tetapi hendaklah benar-benar dari kalangan mereka yang mendukung prinsip Rukun Negara.

    Benar! atas nama demokrasi Dong Zong berhak bersuara, tetapi pada ketika yang sama, atas nama demokrasi juga Dong Zong berhak dikurung bahkan disingkirkan!

    "Jangan lepaskan anjing yang tersepit"

    PEMBAHARUAN INSTITUSI II

    Sapa tak kenai Mak Cik Maimun? kalau ada yang tak kenai sure la orang tu jenih lack of information! cuma aku tak pasti dia ada lagi ka dak! ikut katanya dulu selagi dia terdaya dia akan terus bertanding untuk membuat perubahan kepada negara!

    Ada yang berkata penyertaan Mak Cik Maimun dalam PRU adalah bukti kepada suburnya demokrasi di Malaysia! - seriously pada aku itulah statement paling bodoh aku dengar dari mulut pencinta demokrasi.

    Sama ada tiada siapa yang sedar atau tidak mahu ambil peduli. Mak Cik Maimun pada aku dah bagi isyarat betapa bodohnya sistem demokrasi di Malaysia! aku cukup malu ketika itu bila SPR terima pencalonan Mak Cik Maimun untuk bertanding! Pada aku ini bukan pasal hak sebagai rakyat semata - tetapi maruah yang perlu dijaga! bayangkan andainya Mak Cik Maimun menang PRU masa tu!

    Dari satu segi mungkin Mak Cik Maiumun lebih baik daripada beberapa calon yang telah menang dan menduduki kerusi Parlimen. Tetapi tiada siapa pun peduli dengan jenis calon yang dipertandingkan. Seolah bagaikan telah diterima calon yang bersalut dengan skandal seks, rasuah, salah guna kuasa, seks luar tabii dan macam-macam lagi.

    Malah sang pelaku bagaikan bangga dengan kebejatan akhlak mereka. Peliknya mereka diterima oleh rakyat.  Sang pelaku pula tiada rasa malu menjaja muka mereka - dasar manusia tidak bermaruah! malah ada yang bangga berkata kejadian yang menimpa mereka kerana sabotaj pihak lain - tanpa sikit pun rasa n malu!

    Kerana itu aku katakan diartikel sebelum ini perubahan/ pembaharuan perlu di buat ke atas institusi-institusi utama (parlimen, kehakiman, perundangan, diraja) ini.

    Perlu adanya kawalan dan syarat untuk memastikan hanya calon yang 'dapat diterima pakai' sahaja menduduki kerusi institusi berkenaan. Kebebasan dan hak bukanlah lesen besar.

    Kita bukannya lagi berada dizaman feudal untuk taat dan menerima membabi buta segala apa yang dilakukan oleh sang penguasa. Kiranya kita berjaya memecahkan dan membahagikan kuasa dari satu institusi (DiRaja) kepada tiga yang lainnya (kehakiman, perundangan, eksekutif) apakah sukar untuk dibuat pembaharuan memperbaiki lagi nilai institusi tersebut?

    Thursday 12 July 2012

    PEMBAHARUAN INSTITUSI 1

    Pasai pa kita dok kalut pasai PRU dan demokrasi? at same time langsung tak ambik port kat keserabutan instituitions' yang ada. Cuba selak sikit apa jadik dengan Kehakiman, Parlimen, DiRaja dan Perundangan? tak nampak lagi ka kesemua tu macam cibai?

    Perasan tak institusi-institusi tersebut berselindung disebalik nama demokrasi dan rakyat untuk melakukan kekejaman, kekerasan, ketakutan, dan penindasan. Paling malang penghuni institusi-institusi tersebut diberi kekebalan diatas tindak tanduk mereka. Tak der sorang pun yang dibicarakan dan dihukum. Seolah-olah depa tu maksum! Bangga ke kita dapat ADUN naik atas podium speaker seperti yang berlaku di Perak?
    1. Bangga ke kita dapat hakim yang khilaf?
    2. Bangga ke kita dapat peguam yang berjaya bebaskan pesalah keran terror menipulasi kes/ fakta?
    3. Bangga ke kita dapat sultan yang disaluti onar?

    'Kesucian' institusi bukan bermakna penghuninya juga turut 'suci'. Dimana letaknya 'keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang' andainya mereka bebas melakukan onar dan kebal dengan hukuman?

    NAK APA?

    Terus terang aku kata, aku mempertahankan institusi-institusi tersebut tetapi bukan orangnya. Penghuninya bukan sekadar 'kelihatan bersih dan suci' tetapi hendaklah benar-benar 'bersih dan suci' seperti mana 'bersih dan sucinya' institusi-institusi tersebut. Aku lebih suka ada satu badan khas memantau dan mengambil tindakan kepada pesalah dari institusi-institusi ini.

    Perlunya satu perubahan/ pembaharuan dibuat terhadap penghuni istitusi-institusi ini. Hanya mereka yang cenderung kepada nilai keadilan, kasih sayang, kearifan, serta cinta sahaja diberi tempat sebagai penghuni institusi.

    Monday 9 July 2012

    KERENAH ORANG GILA!

    Kalau ikut istilah DBP mengamuk tu "menyerang secara membabi buta kerana terlalu marah" and membabi buta tu pulak "melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang".  So hanya orang bodoh sahaja yang mengamuk, kena pulak jenis mengamuk tak tentu pasai! tetambah kalau perbuatan bodoh tu direlatekan dengan agama!

    Insiden terbaru berlaku kat Putrajaya. Kenapa di Putrajaya? kalau tanya kat soklan tu mana la aku tau! pada aku lokasi hanya lokasi, yang dinilai perbuatan pelaku!

    Betoi la kata kitab DBP tu, pelaku tu jenis tak pikir panjang! bayangkan umoq dah cecah 47 tahun (kira tua dah tu) serang pakai pedang - apa celop beb! ingat pak guard kat situ tunggui kayu ka. Depa pun ada tanggungjawab jugak untuk jaga keselamatan penghuni kat situ. Daripada penghuni kat situ mati tak tentu pasai kat tangan hang, baik hang mati dulu!

    La ni hang dah mati dah, so kes hang kat dunia kira closs la. Tinggai awek hang tu ja la kena jawab soklan dunia. Aku harap dia tak ngaku jadi pengikut setia hang - mau gelak sakan aku nanti!

    So sebelum aku gelak sakan aku kasi ghasa kesian dulu la, punya la banyak jantan kat dalam Malaysia ni, jantan muka tak sudah tu jugak hang ikut... saja ja buat aku jeles!

    Thursday 5 July 2012

    KENA BUAT REPUBLIK JUGAK LA...

    Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

    "Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini," katanya
    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Anak sapa la budak ni, tak tau sama ada mak bapak dia bangga dapat anak macam ni! Pada aku la, budak ni bangang nak mampuih. Sulit kebendanya dokumen-dokumen tu semua. Pada aku la, status dokumen tu tak penting, yang penting betoi ka kejadian tu berlaku.

    Terbayang-bayang la kat depan mata aku macam mana ghupa budak ni kena gosok kepala. macam anjing yang kena gosok kepala dek tuan dia - mata layu, ekor goyang-goyang, lidah terjelir-jelir, seghonak sangat dia!

    Punya la taat dan setia, langsung tak pakai otak dah, tak kigha la pendedahan tu berkait dengan jenayah ka hapa kat, yang penting kena soghok. Bukan pa malu la tu pasai ketua adat istiadat & agama dia dikatakan terlibat dengan jenayah rogol la rasuah la perghhh....

    Paling kesian kat polis tu la, tak pasai-pasai kena pi jadi pemburu anjing yang menyalak! nak ikutkan polis ni tak la bodoh mana sangat, bodoh-bodoh depa ni pun tau jugak pikiaq mana yang dulu patut diutamakan. Tapi apakan daya 'titah' lebih tinggi dan utama, tak pi tangkap nanti dikatakan derhaka pulak, maklum la Polis DiRaja Malaysia.

    La ni anjing yang menyalak dah ditangkap - kena ISA la kot (hehehe) pasai dedah dokument sulit, macam mana pulak dengan status dokumen tu, nak perap lagi ka. Kalau siasat nanti Ghani Patail pulak pening kepala. Dibuatnya ada kes dan perlu didakwa macam mana?

    Tu pasai Jebat awai-awai lagi dah peringat:
    RAJA ADIL RAJA DISEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH

    Wednesday 4 July 2012

    TILAWAH AL-QUR'AN ANTARABANGSA

    Hebat! negara aku yang jadi penganjur Tilawah Al-Qur'an Peringkat Antarabangsa mencatatkan kadar pertumbuhan pelacuran dari kalangan orang Melayu (Islam?) sampai 70% (213 orang). Itu pun berdasarkan statistik tangkapan PDRM. Kalau ikutkan teori ice-berg 213 orang tu just 20% ja dari jumlah sebenar. So ada 852 orang lagi yang masih bebas berurusniaga.

    Selain pelacur tempatan rupanya negara aku jugak jadi tumpuan pelacur antarabangsa. Takat ni pelacur China paling ramai (5,922). Selain China produk dari Vietnam, Thailand, Indonesi dan Filipina pun dapat permintaan tinggi. Paling aku 'respek' dari Timur Tengah pun dah mula tunjuk diri, 15 orang yang kena tangkap! Silap-silap gaya time Tilawah ni peningkatan dari Timur Tengah mau bertambah lagi nih!

    Patut la JAKIM dok kalut dengan logo halal depa, maklum la nak jadikan Malaysia hub halal antarabangsa. Mentang-mentang la kat Malaysia ja ada 'everybody cant fly' berbondong-bondong depa mai meniaga kat sini.

    Takat ni Malaysian tak kisah pun dengan situasi yang ada pasai tak dak pun mana-mana kumpulan buat bantahan atau perhimpunan atau gerakan reformasi untuk 'menghilangkan' kewujudan kaum pelacur ni. Barang kali ini salah satu daripada hak asasi yang diperjuangkan oleh gerakan sivil kot!

    In that case ada wajarnya cepat-cepat wujudkan Republic Democratic of Malaysia. Malu pulak aku rasa bila negara Raja berPelembagaan yang bertanggungjawab terhadap agama Islam perniagaan 'daging mentah' macam ni berkembang pesat. Harap-harap JAKIM tak keluarkan sijil halal kat pelacur-pelacur ni.

    Tuesday 3 July 2012

    PROJECT 2020

    Dengaq kata ini ghupa Kota Makkah masa akan datang, katanya pada 2020!

    Aku sendiri tak paham pasai pa 2020 ni jadi pilihan, ntah apa yang bestnya tahun 2020 ni ntah la. Memula Israel, lepas tu Malaysia & know Makkah pulak.

    Isk! curiga la pulak aku, apa kaitan ketiga-tiga tempat tu dengan 2020. Kalau kebetulan tak pa la, macam mana pulak kalau ada apa-apa @ konspirasi kata orang la ni!

    Kalau tengok pada gambaq grafik nampak pelik la pulak ghupa Kota Makkah masa zaman tu. Ghasa macam kat ceghita fiksyen la pulak!


    Bayangkan perubahan Kota Makkah masa 1930-an dengan akan datang. Ini pun masuk kategori tajdid la jugak kot!

    Aku tak la nak ambik port pasai Project 2020 Israel tu, dengaq kata project tu depa dah plan pada 1855 lagi. Pelik punya projek, apa pentingnya Laut Mati pada Israel, sampai nak kena buat terusan dari Laut Merah cross Jordan and sambung ke Laut Mati!

    Aku tak kisah pasai Malaysia ada projek yang sama macam Israel untuk tahun 2020, tapi aku pelik pasai Kota Makkah pun ada plan yang sama. Kedua-dua tempat punya persepsi (sejarah) yang berkait rapat - qiblat.