Thursday 26 July 2012

RAHMAH: KENAPA TAK TERASA

Tiap kali dengaq tazkirah ramadhan for ustat penceramah bebas dok sebut pasai rahmah, maghfirah & itqum minannar. Kalau aku tanya macam mana ghupa rahmah tu gerenti aku kena tala punya. Kalau pi tanya bebudak yang ada ni pun for sure ghamai yang tak gheti nak ceghita lagu mana lagu mana ghupa rahmah tu. Pasai pa jadi lagu tu?

Lagu mana ghupa kita kalau tak dak rahmah @ kasih sayang Allah kat kita? senang kata, lagu mana ghupa kita kalau Allah tak suka/ benci kat kita? payah sangat nak habaqkan.. apa ghasa kalau tidak lagi disayangi oleh ibu/bapa atau keluarga - agak-agak mana ghupa hidup tu. Hidup kalau dah tak ada kasih sayang tak tau la nak habaq lagu mana dah!

Gambaq sebelah mungkin takdak apa-apa makna kat kita pasai kita hidup mewah, petik jaghi ja dapat apa yang kita nak! Tapi kalau peghati elok-elok kasih sayang tak dapat dinilai dengan harta benda, tiada pertukaran dapat dilakukan. Kasih sayang antara anugerah Allah yang paling bernilai dan istimewa. Hanya mereka yang istimewa dan terpilih sahaja yang ada sifat ini.

Tu pasai la ramadhan ni kita kena puasa supaya kita tau nilai kasih sayang. Kalau aku sughuh hangpa buat cerita berdasarkan gambaq for sure hangpa dapat bagi gambaran mana ghupa sikecil yang dikendong kalau tiada kasih sayang dari yang mendukungnya! Tak payah la nak sombong kata hangpa tak perlukan kasih sayang daripada orang lain!

So pikiaq sendiri la nak disayangi ka tak nak! kalau nak kena buat cagha nak - soalnya macam mana? jawabnya kena la buat benda yang disuka/ disuruh. Buat dengan rela hati bukan pasai ghasa terpaksa atau dipaksa. Kalau dalam konteks ibadah nawaitunya (niat) 'hanyalah kerana Allah'. Ianya bukan sekadar ungkapan dibibir tetapi merupakan satu 'akujanji' yang lahir hati lubuk hati yang suci bahawa apa sahaja yang dilakukan hanyalah semata-mata kerana Allah.

SAMBUNG LAK LA - PI SOLAT JUMAAT LA!

No comments:

Post a Comment