Thursday 12 July 2012

PEMBAHARUAN INSTITUSI 1

Pasai pa kita dok kalut pasai PRU dan demokrasi? at same time langsung tak ambik port kat keserabutan instituitions' yang ada. Cuba selak sikit apa jadik dengan Kehakiman, Parlimen, DiRaja dan Perundangan? tak nampak lagi ka kesemua tu macam cibai?

Perasan tak institusi-institusi tersebut berselindung disebalik nama demokrasi dan rakyat untuk melakukan kekejaman, kekerasan, ketakutan, dan penindasan. Paling malang penghuni institusi-institusi tersebut diberi kekebalan diatas tindak tanduk mereka. Tak der sorang pun yang dibicarakan dan dihukum. Seolah-olah depa tu maksum! Bangga ke kita dapat ADUN naik atas podium speaker seperti yang berlaku di Perak?
  1. Bangga ke kita dapat hakim yang khilaf?
  2. Bangga ke kita dapat peguam yang berjaya bebaskan pesalah keran terror menipulasi kes/ fakta?
  3. Bangga ke kita dapat sultan yang disaluti onar?

'Kesucian' institusi bukan bermakna penghuninya juga turut 'suci'. Dimana letaknya 'keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang' andainya mereka bebas melakukan onar dan kebal dengan hukuman?

NAK APA?

Terus terang aku kata, aku mempertahankan institusi-institusi tersebut tetapi bukan orangnya. Penghuninya bukan sekadar 'kelihatan bersih dan suci' tetapi hendaklah benar-benar 'bersih dan suci' seperti mana 'bersih dan sucinya' institusi-institusi tersebut. Aku lebih suka ada satu badan khas memantau dan mengambil tindakan kepada pesalah dari institusi-institusi ini.

Perlunya satu perubahan/ pembaharuan dibuat terhadap penghuni istitusi-institusi ini. Hanya mereka yang cenderung kepada nilai keadilan, kasih sayang, kearifan, serta cinta sahaja diberi tempat sebagai penghuni institusi.

No comments:

Post a Comment