Wednesday 30 May 2012

MULA BICARA


Bebal bila first time nak mencoret! tak tau apa nak dicoretkan. Aku tak la berminat sangat nak berkongsi dengan orang lain pasai view minda aku. Semua benda yang ada kat keliling aku dah tunggang langgang, daripada institusi politik, agama, seni, budaya ntah apa-apa lagi dah tak keruan - pasai pa?

Aku tak dak jawapan spesific! yang aku tau semua daripada kegagalan menguruskan persepsi khalayak. Persepsi aku la ni semua orang mangaku pandai dan betul, orang lain semua salah waimma yang dikatakan salah tu kumpulan majoriti, aku tak tau apa persepsi orang lain...

Pada persepsi aku kita semua telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia! tu pasai la ni Malaysia tunggang langgang. Pasai pa aku kata lagu tu?

Pertama - kita semua merupakan pengundi yang bertanggungjawab memilih wakil di Parlimen. Cuba selidik, siapa yang telah kita pilih, dan macam mana kita buat pilihan.

Kedua - kita sendiri tak faham dan tak tahu fungsi dan peranan sebagai rakyat/ pengundi @ bodoh! pu pasai kita buat keputusan berdasarkan lambang, bukan berdasar pengetahuan kita terhadap calon-calon yang bertanding. Hanya sibodoh sahaja yang memilih calon berdasarkan lambang!

Jauh pulak aku melalut! bukan apa, aku pun terkesan jugak dengan tunggang langgang institusi politik negara aku ni sampai naik meluat...

Nasib la aku ni hanya boleh mengundi satu kawasan parlimen dan satu kawasan undangan negeri...


boa sorte Nazmi
Terus terang kalau aku kat tempat hang confirm aku hanyuttttt.... awek portugis depan mata.... gerago kat Melaka tu pun ramai yang telan lioq.. ni pulak yang original!