Friday 20 July 2012

MENTRADISIKAN IBADAH (TENGOK ANAK BULAN)

Tak tau la pasai pa, tetiba aku diusik kerinduan pula pada wajah redup dan lembut ini - selembut perwatakan dan tutur katanya! Semoga Allah terus memberikan taufik dan hidayahnya!

Ramadhan menjelma lagi! tak tau la aku sempat ka dak kali ni. Takat masa aku nulis ni aku idup la lagi, sat gi tak tau la! Ghasa-ghasa sepanjang menjelmanya ramadhan tak pernah la aku muhasabah diri. Saban tahun aku aktiviti ramadhan aku tetap sama - tahun ni pun ghasa-ghasanya seghupa.

Satu ketika, suspend sungguh bila orang pi tengok anak wayang pasai posibility nampak dengan dak 50/50. Kemunculan Penyimpan Mohor pulak memang ditunggu-tunggu, hatta kalau ada ghaa nak beghak masa tu sanggup tahan.

Tapi la ghasa kosong, ghasa suspend dah tak melintas langsung. Paling kesian tak sapa peduli pun kat yang terlibat pi tengok anak bulan nu. Orang dah tak rujuk kepada pak mufti ka hapa ka. La ni orang rujuk kalendar kuda ja! tengok anak bulan ni just tinggai jadi tradisi ja.

Paling kesian kat atuk gambaq sebelah ni la, start dari dia kerja sampai pencen, tak peghenahnya dia dapat peluang sebut "anak bulan telah kelihatan". Pasai pa tak dak yang ambik iktibar pasai kenampakkan anak bulan ni? Macam-macam la alasan depa kasi - pada hal arwah tu dulu pi kat tempat yang sama gak, Baitul Hilal (Port Dickson)!

PASAI PA TAK NAMPAK?

Dari aku kecik sampai besaq, tu la soklan yang dok meghawang dalam kepala hotak aku ni! cukup tak pueh hati betul aku. Ada kat patut, dizaman serba canggih ni boleh tak nampak jugak. Takkan nak kata mereka yang dilantik pi tengok anak bulan ni tak gheti! - ini dah masuk kes salah lantik pulak nanti, kalau dapat kat rafizi sure mati!

Agak-agak bila la kita dapat dengaq kata "anak bulan telah kelihatan"?
SELAMAT BERPUASA

No comments:

Post a Comment