Sunday 17 June 2012

SIAPA PAKAR SISTEM?

Macam mana nak start?
Masalah utama aku bila nak start menulis pasai aku bukannya penulis. Tetambah bila nak menulis benda-benda yang bersifat serius. Lately banyak sangat orang bercakap pasal sistem berdasarkan geografi dan kebudayaan. Ada sistem barat, sistem Islam, sistem liberal dan ntah apa-apa lagi. Macam-macam la cara nak menjustifikasikan sistem-sistem tersebut.

Bagi yang pro-Islam, sistem-sistem lain macam hantu pada depa, takut sangat. Puak-puak yang pro sistem non-Islam pun macam tu la jugak, so dengan kata lain "the best man win". Paling best sistem Islam pulak ada macam-macam jenis dan kategori (ikut tahap ilmu dan kefahaman individu/ kumpulan). No wonder sampai la sesama Islam dok bertelagah dan berperang!

Pertikaian (ada yang ketahap berperang) antara Syiah dan Sunnah (sesama Islam) bukanlah benda baru. Masa aku sekolah dulu ada nama Abdullah As-Saba' yang berkempen menggunakan klaus "Ahlul-Bait". Ramai jugak la yang terikut. Aku senyum je la bila ada pandangan kata itu faktor individu. Pada aku kempen ABU takkan berjaya kalau individu (Anwar Ibrahim) je yang menggerakkan.

Kalau dah "Ahlul-Bait" tu program milik Yahudi (Abdullah As-Saba') yang mencetuskan antaranya perang Siffin sehingga tertubuhnya Republik Islam Iran, bagaimana pula dengan doktrin anti-Islam lain? Manipulasi "Ulama pewaris nabi" menjadikan golongan ulama di Iran (Ayatullah) mempunyai final say, hingga apa yang dikatakan mereka diterima ketahap sama dengan Hadis.

Program penghancuran aqidah melalui doktrin Abdullah As-Saba' kian ketara di Malaysia. Ketaksuban terhadap individu yang bergelar ulama' kelihatan diterima pakai sama seperti apa yang dikatakan oleh Ayatullah di Iran. Ayatullah Melayu di pulak kelihatan kian takbur dengan ilmu dan titlenya. Para pengikutnya pulak tak ubah seperti lembu yang dibela Shahrizat!

Terkini Ayatullah Melayu ni pulak menempelak menempelak ahli panel "Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin" perbuatan yang pada aku sama seperti menempelak Khatib yang membaca khutbah Jumaat atau guru yang sedang mengajar! Bersetuju atau tidak dengan pandangan tersebut bukanlah isu, tapi tujuan dia menempelakkan tu nampak sangat ada udang disebalik batu!

No comments:

Post a Comment