Wednesday 27 June 2012

USTAZ LA NI II

Apa tujuan pendapat segelintir penceramah bebas 'berijtihad' (andainya boleh dianggap ijtihad). Apakah ada ummat yang keliru atau teramat memerlukan ijtihad. Pada aku ada persoalan utama perlu dijawab ialah "Adakah proses pilihanraya/ pemilihan pemimpin tergendala atau terbatal sekiranya dibuat dimusim haji?"

Pada aku PRU hanya salah satu daripada cara untuk memilih pemimpin, tiada satu nas pun yang mengatakan pemilihan hanya boleh dibuat melalui PRU. Rujuk balik sejarah (persepsi) Salahuddin Al-Ayubi diterima kepimpinannya tanpa melalui PRU!

Bukankah tujuan kita dicipta untuk beribadah? Haji merupakan ibadah yang khusus (diwarta sebagai rukun) manakala PRU ibadah yang terlalu umum (mungkin sesuai aku kata buat tak pa tak buat pun takpa). Persoalannya siapa yang berkehendakkan sangat panduan membuat pilihan (hukum), bakal jemaah haji atau perebut kuasa?

Tidak wajar aku kata tindakan penceramah bebas tersebut sekadar untuk melebelkan Institusi Mufti (secara umumnya terdiri dari Kaum Tua) sebagai lembab dan tidak peka kepada persekitaran. Harapan aku bukan begitu niat mereka.

Keghairahan adakalanya membawa kecelaruan, sebelum mereka telah ada seruan kepada kelompok tertentuk untuk menunda pemergian mereka ke Tanah Suci dengan alasan Rasulallah juga pernah melakukan perkara yang sama. Kini diasak pula dengan 'ijtihad' dari mereka yang sekadar berpangkalkan Dr dan Ustaz dipangkal nama.

No comments:

Post a Comment