Wednesday 27 June 2012

CERITA USTAZ LA NI

Aku tak pasti pasai kesahihan gambar ni dan kaitan dengan keputusan yang dibuat. Cuma gambar dan artikel ni aku ambik dari Facebook yang menggelar dirinya Ustaz Zamri.

Aku tak pasti apa persepsi dan penerimaan orang lain, pada aku itu tak penting, dan aku pun tak minat nak kongsi penerimaan aku terhadap tindakan depa. Tidak juga aku nak memperkecilkan mereka.

Ntah kenapa, sejak perlantikan Mohamed Morsi aku kerap mengaitkan sesuatu yang berlaku dengan Gerakan Islah @ Pembaharuan. Suatu aktiviti yang berterusan pasti akan berlaku selagi manusia wujud dimuka bumi. Cuma pada aku, penggunaan perkataan Arab pada kumpulan yang melabelkan diri mereka Islamis hanyalah untuk membina persepsi khalayak agar diterima secara positif.

Berpendapat (mengeluarkan pendapat) atau berkongsi pendapat pada aku bukanlah kesalahan pun, itu hak masing-masing, yang penting desakan dan paksaan agar pihak lain untuk patuh dan ikut pendapat mereka aku tak berkenan. Samalah dengan kumpulan anak muda (Kaum Muda??) yang menggelarkan diri mereka MURSHID ini. Selagi korang tak paksa orang lain ikut pendapat korang no hal bro..

Cuma nasihat aku korang kena la berhati terbuka kalau pendapat korang disanggah oleh individu atau kumpulan lain. Maklum la, kalau ikut cara Khalafi korang bukannya setaraf dengan As-Syafie ka, Ibnu Hajar atau Syeikh Ramli ka. Pusing-pusing paling kelas pun pada puak Khalafi as pendapat sebahagian kecil ulama' (kalau hangpa masuk kategori ulama' dimata Khalafi la).

Pada aku punya personal pendapat la, since kita ni dicipta untuk beribadah, so lokasi ibadah tu tak la penting sangat, kalau aku ni warga Amerika atau Mesir atau palestin pendapat hangpa aku confirm tak pakai. Next session aku cerita pasai pa... hahaha!

No comments:

Post a Comment