Tuesday 12 June 2012

ANTARA HAJI DAN UNDI

Tetiba aku tertarik dengan isu yang ditimbulkan.. mana satu hendak didahulukan? Hakikatnya pandangan dan permintaan  peribadi Tuan Ibrahim Tuan Man ini hanyalah untuk ahli-ahli parti tertentu sahaja, bukan menyeluruh kepada semua umat Islam di Malaysia.

Aku bukanlah faham sangat dan tak la nak berapa ambik kisah sangat, tapi bila sampai tahap nak terpercik bunga-bunga 'api' kena la aku ambik port! Aku cuba fahami dan selami perasaan Tuan Ibrahim, pastinya bukan pasal bilangan undi semata beliau utarakan pandangan tersebut!

Andainya berlaku pengundian tatkala sebahagian umat Islam (di Malaysia) berada di Makkah, pastinya bilangan pengundi dari umat Islam. Aku cuba bayangkan suasana di medan tempur, andainya bilangan tentera Islam ada seramai 10 ribu orang dan tentera kapir ada 9 ribu orang. Secara demokrasinya tentulah tentera Islam yang menang. Andaikan 2 ribu daripadanya meninggalkan medan tempur atas alasan ibadah, tentulah tentera kapir pulak yang menang. Mungkin ini yang difikirkan oleh beliau.

So dalam keadaan ini mana satu perlu didahulukan?

Kalau dihitungkan, PRU tak perlu diadakan tahun ni kerana tempoh 'edah' sehingga Mac 2013....

No comments:

Post a Comment